Khamis, 16 Ogos 2012

Berbuka Puasa Dengan Kawan-kawan

Pada hari isnin lepas,13/8/2012,kami form 5 lelaki bersama-sama berbuka puasa di sebuah restoran iaitu Chaiyok Bistro...seronok betol dapat berbuka dengan mereka...kitorang tak la makan buffet kot,banyak pulak duit kitorang...kitorang just order makan macam kat kedai makan je...aku just order Nasi Goreng Pattaya ngan air Teh O Ais Limau je
kalau mereka yang lain yang aku tahu,
Nafahadt order nasi goreng paprik ngan Fresh Orange,
Amirul Syafiq order Nasi Goreng USA ngan Milo Ais...
Fauzi Pulak just order Mee Bandung ngan Air Kosong je...

kebanyakkan mereka yang lain order nasi goreng pattaya ngan nasi goreng USA...Air Kosong antara yang paling banyak kitorang order sebab air tu free je..

kami tengah tunggu masuk waktu berbuka...

lepas abis makan,aku ngan amir pergi amik sup,sebab sup tu pon free gak..lagipun bekas sup pon ada kat  sebelah kitorang.apalagi kitorang layan jelah.sampai berapa mangkuk kecil kitorang hirup,aku tak tahu...

tengah layan SUP FREE

dah sampai time nak bayar,aku bayar la apa yang aku makan tadi kan,sekali harganya RM 6.50.terkejut
aku sebab nasi goreng pattaya dah harganya RM 5.00(orang kata harga tu standart je).takpe la,nasib baik aku bawak duit lebih.

memang seronok la...tahun nie je last kami dapat makan bersama-sama sebab tahun nie tahun last kami untuk SPM...

amir arifudin ngan amir farhan

amin salim

amirul zubir 

nazrin

rauf alwi

*TERIMA KASIH kepada sesiapa yang mencadangkan majlis nie...SERONOK dapat bersama-sama dengan kawan-kawan...

Sabtu, 4 Ogos 2012

luahan saya....

AWAK...
terima kasih kerana awak telah banyak
membuatkan saya lebih matang...

awak mesti tahu,
jodoh sentiasa berada ditangan tuhan
tuhan yang menentukan jodoh kita...
kita tidak tahu jodoh kita sampai bila,
hanya tuhan yang mengetahui...

jika awak merasakan bahawa diri saya
tidak sesuai dengan awak,
saya redha menerimanya...

jika awak ingin mengucapkan SELAMAT TINGGAL pada saya,
saya redha mengucapnya...

TERIMA KASIH AWAK...

Jumaat, 3 Ogos 2012

Kajian Kesihatan Tentang Berpuasa

Tidak dapat disangkal lagi, berpuasa secara tidak langsung dapat memberikan faedah besar terhadap kesihatan tubuh. Waktu rehat yang diberikan kepada saluran pemakanan dalam tempoh sebulan cukup untuk meregang dan melegakan bahagian penghadaman itu. Dalam erti kata lain mengembalikan kekuatan dan kecergasannya pada waktu selepas berlalu Ramadan. 

Apabila merujuk Hippocrate yang bergelar Bapa Perubatan Greek, beliau turut menggunakan puasa sebagai kaedah perubatan pada hari pertama pesakitnya mendapatkan rawatan. Beliau juga menyifatkan kepelbagaian rawatan yang dihasilkan daripada puasa amat sesuai dengan setiap penyakit.

Pakar perubatan Arab, Dr Umayyah Lahud dalam bukunya menjelaskan: “Saya sering melakukan kajian kepada pelajar yang berpuasa, hanya dalam tempoh singkat mereka dapat menambahkan kemampuan dari aspek penghasilan idea. Ini menjadikan mereka pelajar yang mampu menggunakan segala kemampuan akal untuk menguasai pelajaran. Ini hasil daripada puasa yang menjadikan tubuh merangsang asid yang menolak segala toksin. Seterusnya menjadikan sel darah kembali normal dan bersih daripada segala zat yang diperoleh dari pemakanan harian, manakala pengaliran darah ke otak lebih lancar.”

Tidak diragukan lagi puasa ini adalah tanda kekuasaan Allah yang mensyariatkan kepada kita ibadah amat bermanfaat. Pakar perubatan lain turut mengutamakan teknik berpuasa bagi pesakit mereka berbanding pemberian ubat atau rawatan lain.

Allamah Rasyid Ridha penulis Tafsir al-Manar menjelaskan pengakuan beberapa pakar perubatan Eropah yang mengakui dengan berpuasa sebulan Ramadan mampu menyingkirkan sel tambahan yang mati atau tidak berfungsi dalam badan seseorang individu itu.

Kewujudan pasar Ramadan menjadikan seolah-olah bulan puasa adalah ‘pesta makanan’. Segala makanan yang muncul dibeli oleh pelanggan untuk dihidangkan kepada keluarga, maka bertambahlah ‘penyakit’ lain dari aspek fizikal sama ada penyakit obesiti, diabetes, darah tinggi dan jantung. Penyakit hati yang timbul pula seperti tamak, tidak sabar atau gelojoh, kedekut dan mementingkan diri tetap bersarang di jiwa.

Apabila mereka merujuk hospital akibat penyakit dihidapinya, pasti banyak penyakit itu berpunca daripada perut yang kekenyangan. Allah berfirman: “Makan dan minumlah kamu sekalian dan jangan kamu membazir.”

Ayat ini jelas menerangkan keharusan makan dan minum bagi setiap manusia, tetapi pada akhirnya turut melarang berlebihan dan membazir. Ulama menyatakan, dalam ayat yang ringkas itu Allah Taala mengumpulkan rahsia perubatan untuk semua perkara kepada diri manusia.

Kaum terdahulu turut melarang mengambil makanan dan minuman melampaui batasan keperluan. Luqman al-Hakim pernah mengingatkan kepada anaknya: “Wahai anakku! Seandainya perut dipenuhi makanan, akan tidurlah akal fikiran, tergendala segala hikmah dan lumpuhlah anggota badan untuk beribadah.”



Justeru, setiap Muslim perlu menggunakan kesempatan terbaik ini bagi membetulkan kesilapan mereka pada masa lalu. Khidmat percuma ini didatangkan Allah dengan penuh nikmat kepada setiap hamba-Nya. Tidak perlu kita merosakkan puasa ini dengan membanyakkan makan minum sehingga membawa pembaziran. Di samping itu, berdoalah untuk mendapatkan keberkatan di dunia dan di akhirat kelak.
(sumber:Berita Harian, 1 Sept,2009)