Isnin, 26 Disember 2011

KEJE TIME CUTI SEKOLAH

pada 15/11/2011,aku dh mula start keje
keje time cuti sekolah.
keje kfc je...
kat kfc puchong prima
kat sane,sume staf panggil aq dgn nme "AM" atau mirul je..
pastu time 30 aribulan lak,
aq ditukarkan kat kfc taman tasik prima
time kat tempat baru tu,
nak cakap pon x tau nk cakap ape,
sibuk pe benor nye.
maklumlah kan,tempat baru
sampailah pade 25/12/2011
aq terpakse 'resign'
coz taon dpn nk belajar.SPM kan.
sampaikan manager ngan staf2 laen
cam xnak lepaskan aq pulak.
manager pon nak mintak aq part time,
tapi aq terpakse menolak..
nak wat camne lagi.
aq keje pon coz nk carik duit sendiri
pastu ngan carik pengalaman
klau ikut ari aq bekeje
dalam 40 ari la kan
lama tu....
:)

Isnin, 19 Disember 2011

Nak Cerita Pun Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.