Sabtu, 21 Januari 2012

TELEFON BARU




assalamualaikum...

hari ini kan,
aku dapat telefon baru
itupon hasil gaji aku time cuti sekolah hari tu.
tak canggih mane pon
just enset SAMSUNG GALAXY Y je....

best giler la...
bli pkai duit sendiri...
hahaha...
k la...
banyak lagi nk wat keje lg nie..
nnti kita jmpe lg...

salam...
:)

Isnin, 26 Disember 2011

KEJE TIME CUTI SEKOLAH

pada 15/11/2011,aku dh mula start keje
keje time cuti sekolah.
keje kfc je...
kat kfc puchong prima
kat sane,sume staf panggil aq dgn nme "AM" atau mirul je..
pastu time 30 aribulan lak,
aq ditukarkan kat kfc taman tasik prima
time kat tempat baru tu,
nak cakap pon x tau nk cakap ape,
sibuk pe benor nye.
maklumlah kan,tempat baru
sampailah pade 25/12/2011
aq terpakse 'resign'
coz taon dpn nk belajar.SPM kan.
sampaikan manager ngan staf2 laen
cam xnak lepaskan aq pulak.
manager pon nak mintak aq part time,
tapi aq terpakse menolak..
nak wat camne lagi.
aq keje pon coz nk carik duit sendiri
pastu ngan carik pengalaman
klau ikut ari aq bekeje
dalam 40 ari la kan
lama tu....
:)

Isnin, 19 Disember 2011

Nak Cerita Pun Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.

Sabtu, 3 September 2011

SUASANA HARI RAYA DI KAMPUNGKU....


Pada 28/8/2011,jam 6.15 petang,
saya dan keluarga saya keluar rumah dan bertolak untuk balik kampung ke alor setar,kedah.
dalam pukul 7.30,saya dan keluarga saya berhenti di hentian sebelah Behrang,Perak
untuk santapan berbuka puasa dengan membawa bekalan makanan dari rumah.


Pada 29/8/2011,jam 2.40 pagi,
saya dan keluarga sudah sampai di kampung saya di Alor Setar,Kedah.
kira2 dalam 8jam setengah la nak sampai ke sana.
yela,ngan ngantuknya lagi pulak tu.
pejam celik,pejam celik,dah sampai kat kampung...


Selepas saya sampai kat kampung,atuk dan nenek menunggu ketibaan kami di situ.
saya memberi salam pada atuk ngan nenek saya sambil mencium tangan mereka.
selepas itu,saya pergi ke kereta untuk ambil barang untuk letak ke bilik.
saudara-mara semua dah sampai lama,
diorang semua dah tidor
selepas tu,saya tidor sekejap,
pastu lam kol 4.30 pg camtu la,saya pergi makan sahur.


Pada waktu pagi lepas subuh,dalam jam 8.00 pagi
semua keluarga tgh sibuk membuat kerja untuk hari raya pada esoknye...
ada yang tengah anyam ketupat,
ada yang tengah sembelih ayam pastu buang bulu ayam,
ada yang tengah masak rendang,
ada yang tengah hias kat ruang tamu
dan sebagainye la......


buat kerja sampai dah tak sedar masuk waktu petang
nasib baik semua kerja dah settle
lepas saya dh settle wat keje,
apa lagi,
dok mengadap tv tgok macam2 ada kat channel astro..


dalam kol 5.30 petang
saya ngan mak ayah pergi ke bazar Ramadhan untuk beli juadah berbuka puasa.
beli murtabak,kuih ngan air nira nipah je..
yang lain,saudara masak lauk je.
hehehe...


dalam kol 7.30 malam,
saya,keluarga saya,atuk nenek ngan saudara mara duduk berbuka puasa bersama.


Pada 30/8/2011
tibalah hari yang aku tunggu selama ini.
hari dimana saya ngan keluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri
tak lupa juga saudara seislam kita di dunia ini...


dalam lepas subuh,
saya bangun pastu pergi mandi sunat hari raya
dan selepas itu,
saya,keluarga saya ngan saudara mara sedang sibuk memakai pakaian hari raya
selepas semua selesai,
semua keluarga berkumpul dan memohon maaf bersama.
dan anak2 mereka dapat lah duit raya dari saudara mara mereka.


selepas semuanya selesai
semua pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.


selepas selesai menunaikan solat sunat,
saya ngan saudara mara duduk bersama sembang2 sambil makan.
setengah jam selepas itu,
kami sekeluarga pergi beraya di kampung2 berdekatan


dah selesai pergi beraya,
saudara saya yang datang dari jauh datang ke rumah atuk ngan nenek
dah lama saya tak berjumpa ngan mereka...
rindu lak tu....


Pada 2/9/2011,
sedar tak sedar dah sampai masa saya dan keluarga saya untuk balik ke rumah saya di Puchong.
dalam seminggu kami duduk di kampung.
agak sedih la nak meninggalkan kampung
sebelum itu,
kami sekeluarga mengemaskan barang2 dengan beg2 pakaian untuk balik
selepas selesai perkara tersebut
kami sekeluarga menghulurkan salam sambil mencium tangan mereka.
atuk sempat lagi bagi duit pada saya ngan adik beradik saya.
dalam pukul 3.30 petang,
kereta kami sudah bergerak meninggalkan kampung dan
15 minit selepas itu,
kami melepasi plaza tol alor setar
dan meninggalkan negeri jelapang padi,
KEDah DARUL AMAN..


Pada 3/9/2011,dalam jam 12.15 tengah malam,
akhirnya kami sampai ke rumah kami di Puchong




TAMAT.....


Gambar2 ketika saya di kampung:


























Sabtu, 27 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati